Friday, February 18, 2011

Laman Sesawang Kerawang.

    
     Agak lama jugak tak update and usha blog ni. Berhapuk dan bersawang dah. Kekangan masa sangat untuk tika dan saat ini. Busy dengan test dan assignment maklumlah kerjaya sebagai seorang pelajar memang kena bagi komitmen mcm ni.  Dalam masa 2 minggu akan datang sesi pembelajaran asasi bagi semester kedua akan berakhir. Yahoo! Tapi takla seronok sgt sbb lepas seminggu percutian study week final exam akan bermula. Sebelum nak menikmati percutian study week pulak kene pulun bermati-matian untuk test,asssignment dan presentation. Wahh,playing hard to get betul la study week ni. So,blog ini akan menambah jumlah sesawangnya semasa ketiadaan tuan empunya. Harap maklum lah yee.


PS : Syukur kes pegi court dan kena bayar RM150 selesai dah. Lastly,cuma kena bayar RM10 je untuk setiap slot yg tak pergi. Nasib baik (:
    

Wednesday, February 2, 2011

Penangan RM150!

     Semalam terpampang dengan jelas lagi nyata nama-nama mereka yang didakwa telah mendaftarkan diri tetapi tidak hadir ke slot bengkel MUET pada tarikh yang ditetapkan. Nasib baik datang semua slot :D Tumpang simpati jugak sebab ada jugak "insan terpilih" yang hadir ke semua slot tapi nama still BLACK list. Sabar ye. Ramai yang tak sangka pihak UiTM akan buat tindakan terhadap pelajar-pelajar berkenaan sebab sebelum ni banyak je program yang dijalankan tapi tak dapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar. Yelah macam menanam tebu di bibir je. Senang kata cakap tak serupa bikin. Tapi bila UiTM bikin ini macam semua naik gelabah, marah and ada yang mempersoalkan perihal ni. Kenapa Mengapa dan Bagaimana ini terjadi? Sendiri mahu jawablah.

     Bukan semua yang disenarai hitamkan tu tak pergi slot. Ada yang tak pergi satu dua slot dan ada yang tak pergi langsung. Ada jugak student yang terlibat dengan mooting dan sakit pada tarik berkenaan. Maklumlah bulan puasa, ada yang tak larat dan sebagainya. Realitinya, munasabah ke kalau denda RM 150 yang diuar-uarkan dikenakan kepada setiap pelajar yang terlibat? Memanglah macam satu pengajaran tapi pada masa yang sama turut membebankan. Kos sara diri untuk makan RM5 sehari pun rasa terbeban ini kan pulak RM150. Bukan semua pelajar berkemampuan nak bayar RM150, jika denda RM50 dikenakan pun sudah dikira banyak berbanding kos overhead yang ditanggung pihak UiTM. Bajet makan untuk seorang sahaja baru RM5-RM8. Logik ke nak bayar RM150? Berlipat kali ganda dari kos overhead yang dikeluarkan oleh pihak UiTM.  
     Pihak UiTM cakap bajet yang diberi tidak menguntungkan mereka memandangkan jumlah kehadiran pelajar tak seperti yang diharapkan walaupun pada mulanya bengkel tersebut fully booked. Kata nak membantu pelajar Pre Law mencapai Band 4 seperti semua sedia maklum sebagai syarat untuk menyambung degree. Usaha pihak UiTM patut dipuji namun hasilnya? Kalau di Matrikulasi, bengkel MUET mereka juga diadakan secara percuma, siap panggil penceramah yang menanda paper MUET dan majoriti atau kebanyakan pelajar Matrik dapat Band 4. Mereka pun calon persendirian jugak sama macam student UiTM. Apa silap dan kekurangan kita? Apapun harap isu ini selesai dengan baik. Bagilah pengajaran yang sewajarnya dan munasabah. Janganlah menjatuhkan hukuman melulu yang akhirnya nanti tak memberi pengajaran pun kepada pelajar yang terbabit.

PS : Rela masuk COURT ke bayar RM150? Fikirkanlahh.