Wednesday, January 22, 2014

Those silent prayers

     When was the last time you pray and end it with a prayer? Or when was the last time you really really truly recite your prayers? Be it a moment ago, now, yesterday, or I-don't-recall-when-was-the-last-prayer, people usually pray despite of our different religion, faith or belief. We do pray, in our own way on our own place and time. 

     Never estimate the power of doa. Tolak tepi pasal kepantasan sesuatu doa itu dimakbulkan sebab semua itu berbalik semula pada usaha kita untuk tidak putus-putus berdoa di samping usaha yang berterusan terhadap apa yang didoakan. Nikmat power of doa ini, paling beri impak sekali aku rasa time lost dari keluarga masa mengerjakan tawaf. Benar, Allah tau perfect timing bila Dia nak kabulkan walaupun kadang rasa jenuh menunggu tak kunjung tiba sampai ter-merungut tanpa sedar. Sedangkan doa Nabi yang maksum pun ada delay tapi mereka tak pernah putus berdoa and lost faith. Beratus tahun lamanya dakwah tapi ditentang, dibuang keluarga sendiri dan bermacam lagi. Kalau ditimbang melalui rasionaliti kita, pasti timbul rasa, kalau benar mereka maksum dan utusan Allah, kenapa diduga? Sebab thoughts macam ni lah most cari agama dengan cara dan pendekatan sendiri.


     The safest place is to be in someone's prayers. Speaking of prayers, how often we actually include other person or mention that person name in our prayer? Dulu ada lah sebut tapi malaslah,dah putus asa. Frankly speaking, I did that too. A few time. Bila rasa kecewa, penat lelah semua, mulalah mulut ni berat nak titip doa walaupun tangan ditadah. Nampak macam tak ke mana walaupun usaha dah bermacam cara. Usaha ke tak sama je keberhasilannya. You know that feeling when you know that a person actually include you in their prayer? Or the feeling when you actually include someone in your prayer? Rasa seolah ada guarantee dan hope walaupun benda tu tak terjadi lagi, macam warranty beli barang - barang terjaga walaupun tak rosak lagi. 

      Somehow, aku agak freak out or afraid with the expectation that I get through other person prayers. Its like wehh, benda takda apa lagi dah. Janganlah beriya sangat. It is a heartbreak to see those faces who always want it the best for you yet it didn't turned out that way but still keep praying for it. The fact that they have more faith in it more than you have that actually make me freak out. And the fact that there's nothing more to hope for make me afraid with all those silent prayers that eventually will disappoint them. May odds be in my favor. Also, may Allah bless you and me and grant our prayers. Amin.

P/S : To whom it may concern, I did what you asked me to do. Just that, you don't know about it.     
       
      

That side

     Pernah tak wonder what is it feels to see yourself from others point of view? Something as simple as their first impression on you, the thoughts they have about you, what they actually think of you as a person or anything that involve inside out of yourself. Would you be eager to know or afraid to unveil the truth? What if all the conundrum can be answered simply by viewing yourself through other people retina and cerebrum? Macam awesome je, macam awesome je rasanya. Oh ya, macam dan rasa, dua paksi berasaskan ketidakpastian.
     Well basically, as a person (of course), secara jujur, I actually enjoy seeing or listening people describing me. Not that ada 2 mata, satu hidung, ada mulut describe of things. Describe di sini macam describe things that you don't usually notice or know that you actually have in you. As an example, I've never notice myself changing language according to the other person use of language when interacting in social networking sampailah one day ada kawan ni tegur masa replying each other mention. Mulanya kerut dahi sesaat dua, scroll balik conversation, senyum sumbing sebab rasa impress ada orang perasan that kind of thing. Weirds tapi its like ada automatic switch that tune the brain and finger to respond according to language use, Melayu-Melayu, English-English dan sama waktu dengan loghat, slanga dan seangkatan dengannya. Not sure kalau ini norma kehidupan yang semua orang buat tapi for one to see you actually did this kind of things buat aku rasa macam awesome dengan capability minda sedar insan lain terhadap diri kita.
     Apart from the automatically-tune-to-other language-accordingly, aku selalu rasa separa kagum dengan spesis insan yang wise interpret diri kau by not taking a stand as you, like nasihatkan kau dengan memperingatkan pasal perasaan orang lain. Frankly speaking, I'm one of those yang jenis open up on everything tapi I'm not that type yang pandai express perasaan hatta marah mahupun sedih to another person baik kat family sendiri or sesiapa pun. Selalu terbit rasa terharu, syukur bila ada ingatkan kau tentang apa yang kau rasa tapi tak pernah luah. Yang selalu buat kau fikir impak tindakan kau yang akan produce outcome yang entah apa. Perempuan overthink, yes.
     Dek kerana kekaguman aku ini, maka rasanya bakal menyimpang jauh langkah patah perkataan ini akan pergi. Baik berhenti sebelum makin merapu ==' 

Monday, July 8, 2013

Tunding?

Assalamualaikum dan ahlan wa sahlan. 

     Kekangan masa buat lama rasanya tak jengah nak coret. Nawaitu ada tapi seribu satu alasan cipta halang realisasi. Anyway, good to be back with two months break. Syukur. Buat yang countdown, satu hari lagi ke bulan yang dirindui tak kiralah dari segi suasananya mahupun makanan. Rindu tu ada.

     Rasanya tengah di ambang final ini most of us face some ups and down tapi harap tak terus down, quickly get up and figure a way to survive. Pernah satu tika aku pun rasa macam tu. Letih, tak daya lagi tapi benar Allah tak lupakan aku. Mujur ada kawan bawa aku berfikir untuk apa penat lelah ini. Kata sahabatku, "Tak kiralah sikit atau banyak kau usahakan, berehatlah bila perlu." Aku pun jawab, "Tak boleh rehat, banyak lagi tak cover." Dia balas, "Jangan paksa diri, Allah nampak usaha kau." Aku diam, terkedu. Semacam nak menitik air mata. Reasoning dia mudah tanpa perlu premise untuk bawa satu konklusi. Sejak itu aku mula belajar untuk ajar diri supaya have faith. The real have faith.

     Kalau cerita pasal reasoning apa beza antara tiap satu insan itu rasanya berjela-jela list boleh bagi sama ada dari segi sifat, personaliti, rupa hatta apa sekalipun. Tapi satu persamaan ketara aku, kau, 40 jiran kiri kanan depan belakang rumah aku dan engkau adalah kita semua tak lari dari buat kesilapan. MistakeAcap kali dengar, tapi kerap kali buat. What is so good about mistake? A wise mistake is actually good. Maybe ada akan kata "nahh, all mistake are just plain stupid." But bila fikir kembali, mesti ada certain mistake yang bila dikenang kembali rasa macam baguslah buat mistake tu dulu, at least in future tak buat lagi.  Kalau takda, tak bermaksud mistake tu plain stupid sebab dari kesilapan lah kita belajar.

     Tapi rasa kurang gemar bila ada kategorikan kesilapan masa lalu tu sebagai ketentuan Ilahi. Kalau semua silap masa lalu kita serahkan pada Ilahi, bila masa sebenarnya kita belajar dari kesilapan? Benar, Allah tetapkan setiap satu inci dalam kehidupan tapi bukankah Allah dah janji bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kalau kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka - surah Ar-Ra'ad, ayat 11. Sama juga halnya dengan nikmat dan rezeki. Selalu most akan cakap, tak sia-sia usaha itu ini untuk rasa kemewahan dan kesenangan. Lalu Allah titipkan pula dalam surah Ar-Rahman, "dan nikmat Allah yang mana telah engkau dustakan?". Peringatan yang bukan sekali dua diberikan dalam surah Ar-Rahman.

     Tiada apa yang salah mengaku kesilapan sendiri. Memang segala yang terjadi itu ketentuan-Nya tapi tak bermaksud kita tak boleh elak dari melakukan kesilapan itu. Ada masa rasanya sebagai hamba serba khilaf, kita kena admit yang buruk itu datang dari kita sendiri dan segala yang baik itu datang dari Dia. That's it. Akhir kalam, let us start trigger bullets of duas as well as non-stop shooting of ibadah during Ramadhan. Have fun folks :)

P/S : Ahlan wasahlan ya Ramadan. Kedatanganmu yang kami rindui. 


Sunday, December 9, 2012

Kecil

     Pagi hujung minggu yang tenang seperti biasa bersama wajah kesayangan hamba yang tercinta tambah bahagia rasa diri ini. Syukur masih punya masa dan kesempatan untuk bersama walaupun dihambat dengan kesibukan sebagai pelajar. Susur kaki lima itu aku gagahi demi melunaskan tanggungjawab yang diberikan Ayah untuk melangsaikan bil wajib bulanan dan lain-lain hal berkaitan bank. Kelibat bank kuning berlogo harimau menanti kehadiranku. Mesin cash deposit perlu kuterjah sebelum ramai yang mengerumuni walaupun baru seawal 8 pagi tika itu. Namun apa yang menantiku di sana bukan sesuatu yang aku jangkakan...
     Saat aku hampir tiba ke pintu yang tertera perkataan tarik/pull, sapaan salam "Assalamualaikum" menjamah telinga. Suara wanita. Kedu seketika. Siapa pula seawal pagi ini ramah menegur? Pantas aku pandang sekilas ke arah kanan, arah mana datangnya suara itu sambil mulut menjawab sapaan salam tersebut. Usai menjawab, aku tutur langkah ke agenda utama ke situ. Baris makin pendek dan giliran pun hampir tiba. Mata tidak lepas memerhati pasangan anak beranak di luar sana yang sebentar tadi menegur. Duduk mengharap ihsan mereka yang lalu lalang di situ. Siap segalanya, kaki melangkah keluar. Aku hanya mampu hulur not kecil walaupun tak dipinta. Balasannya bukan ungkapan terima kasih sebaliknya sepotong doa mengiringi diri ini. Sayu rasanya.
     Tika bulan Ramadan, antara yang wajib dilakukan ialah lawatan ke bazar ramadan. Walaupun tiada apa yang luar biasa, hanya sama seperti tahun sebelumnya dan jika ada pun bertambahan menu dan gerai yang semakin banyak. Tak lupa juga nama unik makanan minuman dan perluasan port peminta sedekah yang dikuasai warga asing. Walaupun dimomokkan perkhabaran di media massa mengenai lambakan pengemis yang dihantar agen untuk mengaut keuntungan, namun ternyata tidak menghalang umat Islam untuk terus bersedekah. Benar, niat itu penting. Belakang kira apa motif utama mereka kerana amalan dinilai oleh Dia bukan mata manusia. 
     Namun, ada sesuatu seakan buka mataku yang bukan makanan atau minuman. Sepasang suami isteri yang buta gigih mengerah kudrat, mencari rezeki dengan mendengdangkan lagu-lagu sambil bermain keyboard dan alatan musik lain. Petang yang tenang itu, kelibat seorang lelaki berpakaian kerja seperti dari syarikat kilang/kakitangan am kerajaan menghampiri pasangan tersebut. Perlahan tangan si suami yang buta disalami dan diselitkan beberapa keping not merah dan ungu. Selesai sesi tersebut, dia berlalu pergi tanpa menoleh. Orangnya biasa tapi mulia perbuatannya. Nyata kita tidak perlu kaya untuk memberi dan berkongsi. Cukup sekadar memadai kalau itu buat kita dekat pada-Nya.


     " Hidup ini terlampau banyak untuk dinikmati dan dihargai. Maka bersyukurlah kerana ada yang   
     menangis dan meratap nasib mereka. Tak rugi pun untuk titipkan rasa syukur untuk segalanya. "
      

Wednesday, May 16, 2012

Lari Sebelum Dikejar Mati!




     Death is the soul of this short story. I just love the way the story was narrated. The plot is so close to you yet it amazed you, specifically me in its own way. Kind of remind me that when it come to serious business, you can never run away. You might not see it because it is invisible but it might chase you for your whole life. May you be amuse reading this masterpiece. Take your time and enjoy. By the way, don't forget to breath and be thankful! -aisahghani

"The Appointment in Samarra"
(as retold by W. Somerset Maugham [1933])





    
     There was a merchant in Bagdad who sent his servant to market to buy provisions and in a little while the servant came back, white and trembling, and said, Master, just now when I was in the marketplace I was jostled by a woman in the crowd and when I turned I saw it was Death that jostled me.  She looked at me and made a threatening gesture,  now, lend me your horse, and I will ride away from this city and avoid my fate.  I will go to Samarra and there Death will not find me.  The merchant lent him his horse, and the servant mounted it, and he dug his spurs in its flanks and as fast as the horse could gallop he went.  Then the merchant went down to the marketplace and he saw me standing in the crowd and he came to me and said, Why did you make a threating getsture to my servant when you saw him this morning?  That was not a threatening gesture, I said, it was only a start of surprise.  I was astonished to see him in Bagdad, for I had an appointment with him tonight in Samarra.

- THE END -

Monday, February 27, 2012

Belum Gah

     Mata pun celik sesudah tidur pada malam harinya. Tika itu tiba masa untuk fajar terbit dan bangunnya seisi semesta. Usai bangun rutin harian diteruskan seperti sediakala. Bangkit dari tidur, ibadah kepada-Nya dikerjakan dan urusan duniawi dilakukan demi mengejar ukhrawi. Namun begitu yang duniawi tidak semestinya berlandaskan kepada ukhrawi. Ada yang lebih ke arah diri sendiri, bukan untuk mengejar yang abadi. Yang duniawi selalunya lebih kepada peribadi dan tidak begitu menjurus kepada Ilahi. Kalau ada pun satu dua atau mungkin beberapa bilangannya. 
     Setiap hari perkara biasa yang pasti hampir semua insan lakukan sudah pasti menerjah ke alam maya atau menikmati teknologi yang sedia ada. Bohong rasanya kalau ada yang kata tidak menikmati satu pun kemajuan ini. Tak kira di ceruk mana atau jauh mana, medium ini juga yang jadi pilihan kebanyakan orang. Aku juga tak terkecuali. Ada beberapa tika masa aku bersama sang teman, acap kali juga mereka bicara perihal yang terpampang di dinding Facebook atau trending di Twitter. Dari sekecil-kecil hal yang agak remeh sehingga perkara yang tidak terpampang di dada akhbar. Indahnya bila kita jadi celik tentang semua perkara dengan adanya medium ini namun ada timbal baliknya bila terlalu bergantung kepada medium ini.


     Ada satu tika, kawan berbicara tentang pasang surut negara dan perihal dunia yang semakin tenat. Entah bagaimana percakapan itu teralih tentang hal kiamat. Katanya, "dunia nak kiamat dahh." Ada juga kata, "nak kiamat dah sebab tu lahh." Aku diam, tak terkata. Bukan sebab aku tak punya apa nak dikata cuma aku pilih untuk tak bersuara. Entahlaa. Sampai lah satu hari sedang aku menonton tv, keluar siaran tentang cakap-cakap pasal hal kiamat ini. Menarik kupasannya, rasanya tak perlu aku kupas di sini kerana ia takkan jadi menarik seperti yang aku gambarkan. 
     Saat itu sekurang-kurangnya bila ada satu masa nanti ada teman berbicara tentang kiamat aku sudah tahu apa untuk diutarakan kepada mereka. Bukan cakap kosong saja, cakap yang punya isinya. Saat ada yang beri kata-kata atau nasihat padamu jangan dipandang siapa yang memberi tapi pandanglah pada isinya. Jika dibicara soal akhirat denganmu seperti mana situasi yang aku alami, kata padanya, sejauh mana bekalan yang telah kau sediakan jika benar kiamat itu sudah hampir? Jangan dipersoal tentang bilanya kiamat atau berkata "dunia nak kiamat dahh" sebaliknya tanyalah pada diri sejauh mana persediaan menghadapi perhimpunan tersebut. Aku masih tertanya-tanya bagaimana persediaanku untuk itu? Oleh itu, aku memilih untuk tidak buka mulut berbicara tentang perkara ini bukan dilarang tapi aku yang memilih untuk ia jadi begitu. Lebih elok rasanya bersedia daripada bercerita. Sekurang-kurangnya punya sesuatu untuk dihidang di sana daripada tangan kosong :)

Thursday, February 23, 2012

Sisi Busukmu

      Aku punya kotak. Bukan satu tapi lebih daripada sa bilangannya. Kotak itu ada segi empat sama dan ada yang segi empat tepat. Permukaannya satah namun ada juga yang cembung. Aku punya kedua-dua jenis tersebut. Yang satah dan agak cembung, begitu juga yang segi empat sama dan segi empat tepat. Penjurunya ada punat, ada yang jenis sesentuh tak kurang juga yang perlu guna daya. Saat punat ditekan terpancar cahaya dan beribu warna di skrin. Paparannya sama bagi semua. Yang membezakan cuma kalau kau punya si piring hitam dan dekodernya atau kau miliki pancaran satelit kau sendiri. 

Atuk punya kotak seperti ini yang jadi tempat bersemayan ikan hiasannya dulu.
     Secara keseluruhannya, intisari apa yang dipaparkan lebih kurang sama. Boleh jadi kesudahan yang perfect atau almost perfect, ada juga yang kesudahan yang beyond expectation tapi itu kebarangkaliaannya jarang. Bilangannya boleh dihitung sahaja. Bila mana semua yang terpampang itu indah dan ada nostalgianya, ke mana pergi bahagian cacat cela? Oh yaa, yang cacat dan serba kurang boleh ditutup. Manusia lebih tertarik dengan seba serbi yang indah walaupun hakikatnya belum pasti begitu. Boleh jadi situasi indah khabar dari rupa akan berlaku. Dengan berpaksikan apa yang dilihat oleh pancaindera, realitinya selalu pahit dan payah untuk ditelan. Maka benarlah pepatah yang benar itu selalu pahit. 
     Melihat kepada norma kehidupan masa kini, sepasang mata anugerah Ilahi ini belum dapat menafsir dengan tepat yang mana permata yang asli dan yang mana palsu. Majoriti, lebih rela memilih mempercayai propaganda yang dicipta atau rela mengharungi liku-liku untuk mencari paksi kebenaran? Siapa yang tak suka jalan pintas? Bohong rasanya kalau ada yang omong tak pernah melalui jalan pintas sama ada dalam perjalanan ke mana-mana atau proses untuk sesuatu perkara. Aku pun suka yang mudah dan sudah pasti jalan pintas selalu adakalanya jadi pilihan.
     Rasanya sudah tiba masa untuk kita semua dan secara spesifiknya aku untuk berhenti daripada menerima bulat-bulat apa yang dimomokkan. Harus berhenti percaya secara membabi buta apa yang terhidang kerana belum tentu apa yang penglihatan secara rawak itu menarik seperti cara ia dipersembahkan. Mungkin dasar pandang ke timur anjuran negara matahari terbit yang tanpa segan silu ilustrasikan rona masyarakatnya boleh dijadikan teladan. Mulanya buruk untuk dilihat kerana semua pun maklum yang benar itu pahit. Sekurang-kurangnya bukan satu lagi konpirasi untuk tatapan mata dan halwa telinga.