Monday, July 8, 2013

Tunding?

Assalamualaikum dan ahlan wa sahlan. 

     Kekangan masa buat lama rasanya tak jengah nak coret. Nawaitu ada tapi seribu satu alasan cipta halang realisasi. Anyway, good to be back with two months break. Syukur. Buat yang countdown, satu hari lagi ke bulan yang dirindui tak kiralah dari segi suasananya mahupun makanan. Rindu tu ada.

     Rasanya tengah di ambang final ini most of us face some ups and down tapi harap tak terus down, quickly get up and figure a way to survive. Pernah satu tika aku pun rasa macam tu. Letih, tak daya lagi tapi benar Allah tak lupakan aku. Mujur ada kawan bawa aku berfikir untuk apa penat lelah ini. Kata sahabatku, "Tak kiralah sikit atau banyak kau usahakan, berehatlah bila perlu." Aku pun jawab, "Tak boleh rehat, banyak lagi tak cover." Dia balas, "Jangan paksa diri, Allah nampak usaha kau." Aku diam, terkedu. Semacam nak menitik air mata. Reasoning dia mudah tanpa perlu premise untuk bawa satu konklusi. Sejak itu aku mula belajar untuk ajar diri supaya have faith. The real have faith.

     Kalau cerita pasal reasoning apa beza antara tiap satu insan itu rasanya berjela-jela list boleh bagi sama ada dari segi sifat, personaliti, rupa hatta apa sekalipun. Tapi satu persamaan ketara aku, kau, 40 jiran kiri kanan depan belakang rumah aku dan engkau adalah kita semua tak lari dari buat kesilapan. MistakeAcap kali dengar, tapi kerap kali buat. What is so good about mistake? A wise mistake is actually good. Maybe ada akan kata "nahh, all mistake are just plain stupid." But bila fikir kembali, mesti ada certain mistake yang bila dikenang kembali rasa macam baguslah buat mistake tu dulu, at least in future tak buat lagi.  Kalau takda, tak bermaksud mistake tu plain stupid sebab dari kesilapan lah kita belajar.

     Tapi rasa kurang gemar bila ada kategorikan kesilapan masa lalu tu sebagai ketentuan Ilahi. Kalau semua silap masa lalu kita serahkan pada Ilahi, bila masa sebenarnya kita belajar dari kesilapan? Benar, Allah tetapkan setiap satu inci dalam kehidupan tapi bukankah Allah dah janji bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kalau kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka - surah Ar-Ra'ad, ayat 11. Sama juga halnya dengan nikmat dan rezeki. Selalu most akan cakap, tak sia-sia usaha itu ini untuk rasa kemewahan dan kesenangan. Lalu Allah titipkan pula dalam surah Ar-Rahman, "dan nikmat Allah yang mana telah engkau dustakan?". Peringatan yang bukan sekali dua diberikan dalam surah Ar-Rahman.

     Tiada apa yang salah mengaku kesilapan sendiri. Memang segala yang terjadi itu ketentuan-Nya tapi tak bermaksud kita tak boleh elak dari melakukan kesilapan itu. Ada masa rasanya sebagai hamba serba khilaf, kita kena admit yang buruk itu datang dari kita sendiri dan segala yang baik itu datang dari Dia. That's it. Akhir kalam, let us start trigger bullets of duas as well as non-stop shooting of ibadah during Ramadhan. Have fun folks :)

P/S : Ahlan wasahlan ya Ramadan. Kedatanganmu yang kami rindui. 


No comments:

Post a Comment