Meniti hari-hari terakhir sebelum berakhirnya pembelajaran bagi semester kedua memang penat tapi berbaloi. Mula-mula memang excited nak tunggu semua ni coming to the end tapi hakikatnya rase macam tak sangka masa berlalu dengan cepat dan tak keterlaluan untuk menyatakan yang saya akan merindui semester ini. Wakaka. Apapun sebelum nak sampai ke saat yang dinantikan cabaran forum, second test, speaking, listening, exam dan sebagainya terpaksa diharungi. Alhamdulilah, dengan jayanya semuanya telah berakhir. Harap-harapnya hasil yang akan dituai berbaloi dengan usaha yang disemai oleh setiap individu. Sempena last time dalam semester kedua Rara paksa aku pakai baju Pre Law yang segak lee jugak. Bising je mulut die, " Jum la AG, bile la nak pakai boleh amek gambar sama-sama. " Lalu terhasil lahh photoshoot tak seberapa dengan baju korporat tuu.
![]() |
Photo beramai-ramai. Ada banyak tapi ni antara shoot terbaik. |