Monday, January 3, 2011

Selamat Jalan dan Selamat Datang!

    
     pejam celik pejam celik, semua pun dah berakhir * kalau ade yg tak celik tuh, sendiri paham la yee. tahun 2010 dengan jayanya telah pergi meninggalkan seluruh makhluk di alam semesta ini. ade yg kate tahun 2010 ni tragis, suka, duka, lara ape sume lah. tapi yang penting tahun 2010 pasti ade tinggalkan kenangan buat kita semua. tak kira lah kenangan manis, masam, masin atau tawar yang penting ia tetap kenangan. 
     
     alhamdulilah, setakat ni untuk diri aku dalam tahun 2010 aku dah capai apa yg aku nak even semua tu aku tak klasifikasikan sebagai azam tahun baru ( ehh, tahun lama ). aku tak pernah pun buat azam sebab aku tau nanti azam tu tinggal azam *perasaan perasan menyelubungi diri insan bernama azam. lain orang lain ragam. ade yang semangat dengan azam tahun baru bersama kalendar dan diary baru. ade jugak yg prefer takde azam dengan alasan azam tahun lepas pun tak tercapai lg. betul jugak bak kata org sendiri mau ingatlah. tp buat sesiapa yg sudah berjaya dgn azam anda, tahniah diucapkan. teruskan usaha untuk memperbaiki dan memajukan diri anda ke tahap yg lebih baik, InsyaAllah. Gambar di atas didedikasikan kepada insan yg berjaya merealisasikan azam anda. RESPECT sama lu!


     macam lagu selamat jalan romeo tapi kali ini aku nak cakap selamat jalan 2010. andd, tak lupa untuk mengalu-alukan kedatangan 2011 yg tidak tahu malu. welcome welcomee! moga kedatangan tahun baru ni membawa semangat baru untuk kita meneruskan kehidupan dengan lebih baik dan diberkati oleh-Nya. Tahun berganti tahun dan Hijrah pun dah berganti Hijrah tp apa perubahan yg kita dah buat sepanjang hidup ini. tepuk dada tanya lah selera korang nak makan ape. aku tertarik dgn kata-kata yg Fara dgn Wahid selalu guna :


" Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. "  

     so, sukacita nak maklumkan aku bukanlah berazam tapi aku nak berusaha cuba buat mcm words tuu.  biarlah ckp dgn kerja jln seiring. jgn ckp je lebih tp habuk pun tarak, tak bagus jugak mcm tu. hakikatnya, bende mcm ni la yg semua org selalu terlepas pandang. apepun azam tahun baru atau azam tahun lama korang, moga berjaya. janganlah hangat-hangat tahi lembu jee. azam je lebih tp usaha ke arah azam tu takde. tak guna jugak kann. wish you all the best and once again HAPPY NEW YEAR ALL (: 

No comments:

Post a Comment