Assalamualaikum w.b.t. :D
16 days to Ramadhan. Alhamdulilah. Cepat masa berlalu. Macam tak sedar je dah bulan Julai dan Ramadhan akan menjelang tiba diikuti pulak dengan Syawal. Bulan yg dinanti oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia semakin menghampiri kita. Apa amalan kita sempena menyambut bulan yang mulia ni yang juga dikenali sebagai bulan umat khas bagi umat Islam? Mungkin ada yang cakap sedang sibuk beli kain pasang untuk baju raya bagi sambutan hari raya atau mungkin kain langsir, kuih muih dan seangkatan dengannya. Tak kurang jugak yang sibuk mengejar masa untuk melunaskan hutang yang masih bersisa. Walau apa pun jawapan tidak ada yang betul atau salah. Hak individu :)
Sebelum bulan Ramadhan tiba, mengikut kalendar Islam sebelumnya adalah bulan Rejab dan Sya'ban. Specialnya bulan ni sebab sepanjang bulan ni kita digalakkan puasa sunat sebab ganjarannya besar. Bukan bermaksud puasa pada bulan Islam lain tidak besar ganjarannya tapi untuk bulan Rejab dan Sya'ban pahalanya berlipat kali ganda. Besarnya ganjaran berpuasa pada bulan tersebut. Alangkah elok sekiranya amalan ni turut sama mengiringi persiapan kita yang 'gah' untuk menyambut kehadiran Syawal. Kita macam alpa dan pilih kasih akan bulan Islam yang lain padahal hakikatnya banyak ganjaran yang menanti kita sebagai umat. Bagi yang masih punya bil tertunggak, kasi settle dulu then barulah kejar pahala puasa sunat. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran pulak. InsyaAllah kalau ada kesempatan tak ke mana.
Masih ada waktu lagi untuk kita mengejar pahala di bulan istimewa untuk menampung lebih kurang di mana-mana dan buat bekalan siap-siap untuk masa akan datang. Belum terlambat lagi rasanya untuk kita lari dan kejar semua ni. Renung-renungkan dan selamat beramal. * Curik tagline jap xD
jom curik pahala banyak2 =DD
ReplyDeleteJOMMM! :D
ReplyDeletecomel nye katun tuuuuuuu
ReplyDeletehee. tau takpe ohh. orang lukis ipin upin versi doodle :D
ReplyDeleteaku jumpa kurma upin ipin dekat 7e CS. hahaha.
ReplyDeleteyeke? ade ke? tak perasan pulak. mesti comel ade tangkai satu kurma tu xD
ReplyDelete