Friday, August 12, 2011

Yang Luar Biasa.

     Ramadan kali ini tiada apa yang luar biasa. Bukan bererti kehadirannya disambut suam-suam kuku. Tapi tak semeriah seperti tahun-tahun dahulu. Setahun yang lalu tanggal 5 Ramadan arwah nenek (belah ayah), Hajah Zayiwah atau cucu-cucu mesra panggil dia Atok Joyah pergi meninggalkan kami. Pemergiaannya dirasai lagi-lagi dalam bulan Ramadan walaupun semua sedia maklum sakit yang ditanggung oleh nenek. Lama dia suffer sakit strok, kencing manis. Life dia pun depends on other people sebab dia tak mampu nak buat apa. Memang sedih sebab setiap kali family kami balik kampung then nak balik ke rumah rasa macam berat hati je nak tinggalkan dia. Mengalir air mata dia bila tengok anak-anak dia balik jenguk dia and mungkin hati dia sayu nak lepaskan anak-anak dia pergi. Masa Form 4 pulak pagi yang hening hari Jumaat, masa ni kat asrama dikejutkan dengan berita arwah atuk belah ayah jugak pergi meninggalkan kami. Terus balik Ayer Baloi tengok arwah. First time tengok jenazah and cium pipi dia. Rasa nak tumpah air mata tengok ayah menangis. Ayah memang rapat dengan arwah atuk. Memang benar kematian mengingatkan kita bahawa yang hidup akan mati satu hari nanti walaupun tak tau bila detik dan saatnya. Dan jangan ingat yang sihat akan kekal lama dan yang sakit akan pergi mendahului kita. Ajal dan maut kerja Yang Maha Esa, bila-bila dia boleh cabut nyawa kita.


     Senario hari raya pun dah berubah bila ketiadaan atuk dan nenek. Memang terasa. Lebih-lebih lagi bila hari raya yang selalu mengumpulkan adik-beradik ayah, sepupu dan anak buah dah tak macam dulu lagi. Semua prefer raya kat rumah masing-masing sebab anak-anak pun dah besar dan dah ada cucu sendiri. Tradisi balik kampung family kami masih macam dulu walaupun atuk dan nenek belah ayah dah tiada. Sekarang cuma ada atuk belah mak je. But still kemeriahan Syawal tu ada tapi tak seperti dulu. Kalau dulu semua excited nak beli baju raya baru tapi sekarang semua macam takda feel dah. Kalau ada, ada la. Takda pun tak kesah. Tapi rutin raya still ada. Macam kunjung-mengunjung, main bunga api dan mercun, dapat duit raya, makan-makan dan sebagainya. Melalui benda biasa pada hari raya macam apa orang lain lalui. Tapi itu pun tak cukup sebab nak cari yang luar biasa lebih lagi dalam bulan Ramadan (bulan bagi umat Nabi Muhammad S.A.W).     



     That day kawan pinjamkan Contengan Jalanan by Hlovate. Terima kasih kawan sebab bagi pinjam buku tu dan secara tak langsung mengingatkan aku pada benda yang kadang-kadang manusia tahu tapi tak terbuat. Intipati cerita tu bagus, pasal perjalanan insan untuk mencari dan mendekatkan diri dengan Allah. Lepas baca novel tu rasa macam teringin nak adventure macam dorang pergi negara asing dan masjid hopping. Dekatkan diri dengan Allah dengan pergi ke negara asing yang majoriti penduduk negara tersebut bukan umat Islam. Satu cabaran yet pengalaman baru dalam bulan Ramadan. Feel Ramadan di Malaysia lebih kepada buka nanti nak mkn apa, beli makanan yg jarang nak jumpa time bukan bulan Ramadan dan sebagainya. Bukan nak mengata tapi ini realiti. Berapa ramai orang yang praktikkan iftar atau makan dalam talam. Ukhwah sesama saudara Islam sama ada kita kenal atau pun tidak. Most orang prefer makan apa yg dorang nak tapi end up tak termakan pun. Ramadan should be the month of fasting not a month of food. And berapa ramai orang yang full terawih dan merasai nikmat 10 malam terakhir, berjaya khatam Al-Quran dalam bulan Ramadan dan penuhkan ibadat dalam bulan Ramadan dengan ibadat sunat dan bagi orang yg puasa makanan untuk berbuka.
  

     Mungkin ada segelintir yang buat tapi tak ramai. Ini la benda luar biasa yang patut kita kejarkan. Jujur, aku pun tak terbuat benda yg luar biasa macam. Harap ada kesempatan pada Ramadan akan datang untuk lakukan YANG LUAR BIASA. Panjatkan doa semoga diberi umur yang panjang dan tubuh badan yang sihat untuk melalui hari-hari yang mendatang. Teringat satu kata-kata "Insan luar biasa akan melakukan sesuatu lebih dari apa orang lain lakukan." InsyaAllah harap diberi peluang nak jadi insan luar biasa di mata-Nya walaupun bukan di mata insan lain. Biarlah Ramadan kita jadikan sesuatu YANG LUAR BIASA dari segi amalan dan Syawal disambut dengan sederhana, bukan LUAR BIASA. Apalah sangat kiranya untuk JADI LUAR BIASA pada bulan Ramadan. Setahun cuma sekali je pun berbanding 11 bulan yang kita tak usaha untuk sesuatu yang luar biasa. Once in a while, tak rugi pun (:
     
P/s : Dah masuk second round of Ramadan ; Bulan Kerahmatan. Jom lipat gandakan amalan dan teruskan usaha mengejar pahala! Happy Fasting fellas (:

Saturday, August 6, 2011

Masih di situ.

Aku masih di situ,menanti dan terus menanti. Mengharapkan sesuatu yang belum pasti. Sepi tanpa kata yang kau beri. Apakah yang cuba kau ungkapi. Supaya dapat kuselami. Gelora di jiwa atau mungkin nafsu diri yang cuba dimenangi. Trofi apa yang kau perolehi. Daripada sikap yang tak berperi. Bernafsukan binatang demi kepuasan sendiri. Terbiar,terkorban dan pemergiannya ditangisi. Untuk apa lagi semua ini. Mungkin untuk kau satu ganjaran diri. Dengan merosakkan mereka yang kini hanya mampu berdiam diri. Kerana telah kau bisukan senyum tawa insan kecil ini. Mentaliti seperti sudah dibawa pergi. Dek kerana omongan syaitan dan nafsu yang mencengkam diri. Iman pun setebal lidi. Jelaslah nafsu sudah memakan diri.   

Spontan di petang hari bersama kicauan burung.

     Beberapa hari yang lalu, ada baca kat satu web ni pasal hal ni. Kalau bijak, based on bahasa puitis yang telah digunakan di atas, hal apa yang cuba disampaikan? HAHA. Puitis la sangat. Rasa macam cepat masa berlalu. Tak sedar hal ni pernah terjadi. Dan yang hilang pun masih belum dijumpai. Ini kira macam wake up call untuk semua include diri sendiri sebab nak mengingatkan bahawa hal macam ni boleh terjadi tanpa kita sedari. Aku tulis benda ni dari point of view seorang ibu atau bapa yang menantikan khabar berita sepanjang anak mereka hilang. 
                                                              
Sekadar ingatan, Arwah adik Nurul Huda dan adik Nurin Jazlin yang menjadi mangsa kekejaman insan yang tak berperikemanusiaan. Tak lupa juga Adik Sharlinie dan beberapa lagi kanak-kanak hilang tetapi masih belum dijumpai. Ke mana dan di mana mereka? Bermacam soalan yang bermain di fikiran. Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, tak salah rasanya kita hulurkan tangan panjatkan doa kepada-Nya semoga mereka ditemui dan buat mereka yang telah tiada moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Tabah sungguh keluarga mangsa menjalani kehidupan seharian. Adakah kita akan setabah itu andai kita di tempat mereka. :|
Harapnya Ramadan dan Syawal kali ini membawa seribu satu kebahagiaan buat mereka sekeluarga. InsyaAllah. Teruskan tabah dan kuat semangat ibu dan ayah. Anakmu disini mengharapkanmu. Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi mendahului kita.

P/S : Kagum dengan semangat keluarga mangsa. Moga kita juga ada semangat yang macam tu bila ditimpa musibah. Happy Ramadan people!




Monday, August 1, 2011

Tak Sekencang Mana

     Hasrat nak blogging asyik tergendala disebabkan oleh kemalasan, kekangan masa, line wifi yang tak berapa memberangsangkan dan banyak lagi alasan yang direka. Tak sekencang mana nak cakap pasal words that we always say and promise that we always make to other person. Selalu orang relate kencang dengan angin, kelajuan or maybe masa lari kot. Not so sure bout the usage of kencang. Tapi nowadays kalau kencang orang selalu cakap macam ni, kau cakap nak kencang je ehh. Dan yang sama waktu dengannya. Maybe korang pernah dengar atau tak pernah dengar tapi benda ni nak show betapa hebatla apa yang dikatakan seseorang tu. Macam angin yang bertiup kencang, kira macam kuat and terasa impaknya. Lebih kurang macam tu laa. HAHA.
     Please mind your language. Kadang-kadang kita rasa benda tu normal but others don't think so. Consider other people feeling. Memang ada freedom of speech tapi tak semestinya apa kau cakap orang boleh terima. Use your brain before you spit out your words. And use proper words to express what you want to say. Jangan cakap lain buat benda lain. Sebab benda macam ni la selalu je orang panas hati. Jangan sampai dikategorikan sebagai tak faham bahasa pulak.
     Moving on to the NEXT point, bila rasa nak cakap sesuatu tolong jangan over sangat. Cakap lebih habuk tarak. Senang kata cakap tak serupa bikin laa. Nanti mula la keluar term hipokrit, penipu dan sewaktu dengannya. Buktikan benda yang dicakap tu dulu baru la bagitau semua orang kampung. Jangan la ayam bertelur riuh sekampung. * Betul ke peribahasa ni? -.-'
     Based on apa yang terbentang di perenggan atas ni lah yang dikatakan tak sekencang mana. Janji tinggal janji, at the end apa pun tak dapat. Rasa ni post penutup bulan Julai. Happy Ramadan and Hi August :D