Friday, August 12, 2011

Yang Luar Biasa.

     Ramadan kali ini tiada apa yang luar biasa. Bukan bererti kehadirannya disambut suam-suam kuku. Tapi tak semeriah seperti tahun-tahun dahulu. Setahun yang lalu tanggal 5 Ramadan arwah nenek (belah ayah), Hajah Zayiwah atau cucu-cucu mesra panggil dia Atok Joyah pergi meninggalkan kami. Pemergiaannya dirasai lagi-lagi dalam bulan Ramadan walaupun semua sedia maklum sakit yang ditanggung oleh nenek. Lama dia suffer sakit strok, kencing manis. Life dia pun depends on other people sebab dia tak mampu nak buat apa. Memang sedih sebab setiap kali family kami balik kampung then nak balik ke rumah rasa macam berat hati je nak tinggalkan dia. Mengalir air mata dia bila tengok anak-anak dia balik jenguk dia and mungkin hati dia sayu nak lepaskan anak-anak dia pergi. Masa Form 4 pulak pagi yang hening hari Jumaat, masa ni kat asrama dikejutkan dengan berita arwah atuk belah ayah jugak pergi meninggalkan kami. Terus balik Ayer Baloi tengok arwah. First time tengok jenazah and cium pipi dia. Rasa nak tumpah air mata tengok ayah menangis. Ayah memang rapat dengan arwah atuk. Memang benar kematian mengingatkan kita bahawa yang hidup akan mati satu hari nanti walaupun tak tau bila detik dan saatnya. Dan jangan ingat yang sihat akan kekal lama dan yang sakit akan pergi mendahului kita. Ajal dan maut kerja Yang Maha Esa, bila-bila dia boleh cabut nyawa kita.


     Senario hari raya pun dah berubah bila ketiadaan atuk dan nenek. Memang terasa. Lebih-lebih lagi bila hari raya yang selalu mengumpulkan adik-beradik ayah, sepupu dan anak buah dah tak macam dulu lagi. Semua prefer raya kat rumah masing-masing sebab anak-anak pun dah besar dan dah ada cucu sendiri. Tradisi balik kampung family kami masih macam dulu walaupun atuk dan nenek belah ayah dah tiada. Sekarang cuma ada atuk belah mak je. But still kemeriahan Syawal tu ada tapi tak seperti dulu. Kalau dulu semua excited nak beli baju raya baru tapi sekarang semua macam takda feel dah. Kalau ada, ada la. Takda pun tak kesah. Tapi rutin raya still ada. Macam kunjung-mengunjung, main bunga api dan mercun, dapat duit raya, makan-makan dan sebagainya. Melalui benda biasa pada hari raya macam apa orang lain lalui. Tapi itu pun tak cukup sebab nak cari yang luar biasa lebih lagi dalam bulan Ramadan (bulan bagi umat Nabi Muhammad S.A.W).     



     That day kawan pinjamkan Contengan Jalanan by Hlovate. Terima kasih kawan sebab bagi pinjam buku tu dan secara tak langsung mengingatkan aku pada benda yang kadang-kadang manusia tahu tapi tak terbuat. Intipati cerita tu bagus, pasal perjalanan insan untuk mencari dan mendekatkan diri dengan Allah. Lepas baca novel tu rasa macam teringin nak adventure macam dorang pergi negara asing dan masjid hopping. Dekatkan diri dengan Allah dengan pergi ke negara asing yang majoriti penduduk negara tersebut bukan umat Islam. Satu cabaran yet pengalaman baru dalam bulan Ramadan. Feel Ramadan di Malaysia lebih kepada buka nanti nak mkn apa, beli makanan yg jarang nak jumpa time bukan bulan Ramadan dan sebagainya. Bukan nak mengata tapi ini realiti. Berapa ramai orang yang praktikkan iftar atau makan dalam talam. Ukhwah sesama saudara Islam sama ada kita kenal atau pun tidak. Most orang prefer makan apa yg dorang nak tapi end up tak termakan pun. Ramadan should be the month of fasting not a month of food. And berapa ramai orang yang full terawih dan merasai nikmat 10 malam terakhir, berjaya khatam Al-Quran dalam bulan Ramadan dan penuhkan ibadat dalam bulan Ramadan dengan ibadat sunat dan bagi orang yg puasa makanan untuk berbuka.
  

     Mungkin ada segelintir yang buat tapi tak ramai. Ini la benda luar biasa yang patut kita kejarkan. Jujur, aku pun tak terbuat benda yg luar biasa macam. Harap ada kesempatan pada Ramadan akan datang untuk lakukan YANG LUAR BIASA. Panjatkan doa semoga diberi umur yang panjang dan tubuh badan yang sihat untuk melalui hari-hari yang mendatang. Teringat satu kata-kata "Insan luar biasa akan melakukan sesuatu lebih dari apa orang lain lakukan." InsyaAllah harap diberi peluang nak jadi insan luar biasa di mata-Nya walaupun bukan di mata insan lain. Biarlah Ramadan kita jadikan sesuatu YANG LUAR BIASA dari segi amalan dan Syawal disambut dengan sederhana, bukan LUAR BIASA. Apalah sangat kiranya untuk JADI LUAR BIASA pada bulan Ramadan. Setahun cuma sekali je pun berbanding 11 bulan yang kita tak usaha untuk sesuatu yang luar biasa. Once in a while, tak rugi pun (:
     
P/s : Dah masuk second round of Ramadan ; Bulan Kerahmatan. Jom lipat gandakan amalan dan teruskan usaha mengejar pahala! Happy Fasting fellas (:

2 comments: