Friday, December 30, 2011

Telanjang

Assalamualaikum w.b.t.


     Meniti hari terakhir dalam tahun Masihi 2011 sebelum angkanya berubah dalam beberapa tika lagi. Sana sini pincang dan sememangnya kurang sempurna dalam 2011. Term 'almost perfect' nyata belum boleh ditakrifkan dengan jayanya jika ditanya perihal 2011 ini. Masih jauh untuk mendefinisikan segalanya. Semua belum puas dan masih mahukan lebih. Ya, nafsu manusia memang sukar difahami bahkan binatang juga begitu. Hakikatnya manusia sesama manusia dan binatang sesama mereka pun belum tentu arif dengan apa yang mereka kehendaki sebenarnya. Aneh? Tidak sama sekali kerana kita memang kompleks. Mungkin tindak balas hormon dan kimia yang berkecamuk menyebabkan ketidakstabilan ragam manusia. Secara totalnya, insan bermula dari zero untuk mencapai par yang maksimum. Namun pada dasarnya, sana sini masih telanjang. Ditutup atas, bawah terdedah. Zahir sempurna malangnya dalaman telanjang. Pening? Mungkin pemprosesan maklumat dan intipati sedang berjalan dalam pemikiran. 
     Melayari bahtera kehidupan dari saat kelahiran hingga kini, naratornya adalah kehidupan dan lakon layarnya adalah kita. Menarik bukan? Apa yang direncanakan kita lahh pelakonnya. Directornya Yang Maha Esa. Walaupun sesempurna mana seseorang yakin dengan kehidupannya pasti ada bahagian yang telanjang. Mungkin tak sepenuhnya tapi keberangkalian untuk terdedah pasti wujud. Sukses dalam hidup belum tentu secara keseluruhannya istilah 'perfect' boleh diguna pakai. Aspek lain masih pincang dan haru lalu definisi sempurna masih relevan kahh? Mungkin tidak bagi sesetangah insan. Sebaik atau seteruk mana sekalipun perjalanan ini, nyata ia belum berakhir. Syukur, masih bernafas menghirup oksigen yang sama dan berdiri di bumi-Nya. Angka mungkin bertukar tapi diri ini perlukah masih berada di takuk yang lama atau sebaliknya?


* Hadapi tahun baru dengan yakin dan jayanya. Sebab hesitation leads to distraction which later on will spark frustration. Selamat bertukar kalendar semua!     

Friday, December 16, 2011

Hawa Hebat.

     Hawa memang hebat dari segala aspek. Dari hujung rambut sampai hujung jari kaki, dari dalam dan juga luar. Kerana Hawa, insan boleh lakukan apa saja. Ini memang realiti bukan imaginasi. Tolak tepi soal emosi dan sikapnya tak susah difahami, Hawa memang kompleks dan selalu disalah erti. Ada tikanya Hawa rapuh dan longlai, mudah diraih simpatinya tapi silap percaturan Hawa jadi galak. Itu hakikat, bila sayang si Hawa mudah memberi dengan harapan si Adam memahami. Yang pasti Hawa memang mudah dalam segalanya. Jujur perasaannya mudah dijentik walaupun sukar diputik. Sayangnya Adam tak mengerti, tewas dengan amukan nafsu dan syaitan dalam diri. Si Hawa yang hebat, ye memang hebat telah biar dirinya diperkotak katik tanpa disedari, jatuh maruah dan harga diri dan dari situ bermula lah omongan di laman sesawang dengan serangan peribadi berbaur dendam dan benci. Gelora Adam tiada siapa yang mengetahui. Touch and Go matlamat hakiki demi mengejar perkara yang satu itu ; dara kau milikku dan nafsuku dapat dilampiaskan. Puas? Sudah semestinya kerana mahkota Hawa telah dimilikki, apa yang tinggal serpihan sisa. Masih hebatkah Hawa ini? HEBAT HEBAT. Emosi melangkaui rasionaliti dan bila diri dicengkam caci maki, konklusinya mudah letakkan akal di kaki lalu peribadi lagaknya seperti binatang. Mudah bukan merendahkan martabat demi sesuatu yang belum pasti. Ya, itu memang hidup kau wahai Hawa tapi mencerminkan seluruh semesta betapa murahnya sekalian Hawa. Hanya kerana perbuatan kau, senusantara dilabel dengan benda yang sama. Semakin hebat Hawa ini dek mengejar kepuasan diri yang sementara. Liberal dan konservatif gelaran diberi. Hebatkan Hawa ini? Agama dan pegangan diri tidak bereti lagi. Begitu tinggi cintanya pada dunia ini. Akhirat nanti, senang bicaranya kuburnya untuknya bukan untuk kau. Malangnya yang tersayang turut terheret sama dengan kancah permainan kau. Sama-sama ke neraka walaupun lain kuburannya. Makin hebat penangan Hawa ini.
     Jadi, cukup hebatkan perihal Hawa yang ditintakan. Inilah sebilangan Hawa masa kini. Bukan konspirasi menjatuhkan Hawa cuma perkara benar yang berlaku kini. Adakah Adam sehebat ini? Secara total, Adam dan Hawa sama hebat. Tapi lebih indah andai kasih dan sayang Hawa disimpan untuk yang halal bagimu. Sabarlahh, saatnya akan tiba. Tidak perlu bergolok gadai perasaanmu demi sesuatu yang kau pun belum ketahui. Simpanlah air mata dan sedu sedan tak berlagu itu kerana belum tentu Adam boleh membayar segalanya. Jodohmu sudah tertulis di Luh Mahfuz, peliharalah yang istimewa demi sesuatu yang bermakna. Hawa benci bundle tapi dirimu bagaimana? Adam mahu yang asli tapi dirimu juga yang menjadi duri. Jika benar Adam mahukan yang asli sabarlah menanti. Hormatilah dia seperti ibu dan kakakmu kerana kehormataannya hanya sekali tiada tukar ganti. Kerana kasihkan sesama Hawa, aku enggan lihat kau rebah jadi terus lahh jadi yang sejati. Rugikah untuk jadi begitu? Berbaloi satu hari nanti. Janji dari yang Esa, Hawa yang baik untuk si Adam yang baik, InsyaAllah.