Friday, December 30, 2011

Telanjang

Assalamualaikum w.b.t.


     Meniti hari terakhir dalam tahun Masihi 2011 sebelum angkanya berubah dalam beberapa tika lagi. Sana sini pincang dan sememangnya kurang sempurna dalam 2011. Term 'almost perfect' nyata belum boleh ditakrifkan dengan jayanya jika ditanya perihal 2011 ini. Masih jauh untuk mendefinisikan segalanya. Semua belum puas dan masih mahukan lebih. Ya, nafsu manusia memang sukar difahami bahkan binatang juga begitu. Hakikatnya manusia sesama manusia dan binatang sesama mereka pun belum tentu arif dengan apa yang mereka kehendaki sebenarnya. Aneh? Tidak sama sekali kerana kita memang kompleks. Mungkin tindak balas hormon dan kimia yang berkecamuk menyebabkan ketidakstabilan ragam manusia. Secara totalnya, insan bermula dari zero untuk mencapai par yang maksimum. Namun pada dasarnya, sana sini masih telanjang. Ditutup atas, bawah terdedah. Zahir sempurna malangnya dalaman telanjang. Pening? Mungkin pemprosesan maklumat dan intipati sedang berjalan dalam pemikiran. 
     Melayari bahtera kehidupan dari saat kelahiran hingga kini, naratornya adalah kehidupan dan lakon layarnya adalah kita. Menarik bukan? Apa yang direncanakan kita lahh pelakonnya. Directornya Yang Maha Esa. Walaupun sesempurna mana seseorang yakin dengan kehidupannya pasti ada bahagian yang telanjang. Mungkin tak sepenuhnya tapi keberangkalian untuk terdedah pasti wujud. Sukses dalam hidup belum tentu secara keseluruhannya istilah 'perfect' boleh diguna pakai. Aspek lain masih pincang dan haru lalu definisi sempurna masih relevan kahh? Mungkin tidak bagi sesetangah insan. Sebaik atau seteruk mana sekalipun perjalanan ini, nyata ia belum berakhir. Syukur, masih bernafas menghirup oksigen yang sama dan berdiri di bumi-Nya. Angka mungkin bertukar tapi diri ini perlukah masih berada di takuk yang lama atau sebaliknya?


* Hadapi tahun baru dengan yakin dan jayanya. Sebab hesitation leads to distraction which later on will spark frustration. Selamat bertukar kalendar semua!     

No comments:

Post a Comment