Aku masih di situ,menanti dan terus menanti. Mengharapkan sesuatu yang belum pasti. Sepi tanpa kata yang kau beri. Apakah yang cuba kau ungkapi. Supaya dapat kuselami. Gelora di jiwa atau mungkin nafsu diri yang cuba dimenangi. Trofi apa yang kau perolehi. Daripada sikap yang tak berperi. Bernafsukan binatang demi kepuasan sendiri. Terbiar,terkorban dan pemergiannya ditangisi. Untuk apa lagi semua ini. Mungkin untuk kau satu ganjaran diri. Dengan merosakkan mereka yang kini hanya mampu berdiam diri. Kerana telah kau bisukan senyum tawa insan kecil ini. Mentaliti seperti sudah dibawa pergi. Dek kerana omongan syaitan dan nafsu yang mencengkam diri. Iman pun setebal lidi. Jelaslah nafsu sudah memakan diri.
Spontan di petang hari bersama kicauan burung.
Beberapa hari yang lalu, ada baca kat satu web ni pasal hal ni. Kalau bijak, based on bahasa puitis yang telah digunakan di atas, hal apa yang cuba disampaikan? HAHA. Puitis la sangat. Rasa macam cepat masa berlalu. Tak sedar hal ni pernah terjadi. Dan yang hilang pun masih belum dijumpai. Ini kira macam wake up call untuk semua include diri sendiri sebab nak mengingatkan bahawa hal macam ni boleh terjadi tanpa kita sedari. Aku tulis benda ni dari point of view seorang ibu atau bapa yang menantikan khabar berita sepanjang anak mereka hilang.
Sekadar ingatan, Arwah adik Nurul Huda dan adik Nurin Jazlin yang menjadi mangsa kekejaman insan yang tak berperikemanusiaan. Tak lupa juga Adik Sharlinie dan beberapa lagi kanak-kanak hilang tetapi masih belum dijumpai. Ke mana dan di mana mereka? Bermacam soalan yang bermain di fikiran. Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, tak salah rasanya kita hulurkan tangan panjatkan doa kepada-Nya semoga mereka ditemui dan buat mereka yang telah tiada moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Tabah sungguh keluarga mangsa menjalani kehidupan seharian. Adakah kita akan setabah itu andai kita di tempat mereka. :|
Harapnya Ramadan dan Syawal kali ini membawa seribu satu kebahagiaan buat mereka sekeluarga. InsyaAllah. Teruskan tabah dan kuat semangat ibu dan ayah. Anakmu disini mengharapkanmu. Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi mendahului kita.
P/S : Kagum dengan semangat keluarga mangsa. Moga kita juga ada semangat yang macam tu bila ditimpa musibah. Happy Ramadan people!
happy ramdhan ajsupernova =)
ReplyDeleteheee. happy ramadhan jugak zirahgaara :)
ReplyDelete:>
ReplyDeleteo:D
ReplyDelete