Aku punya kotak. Bukan satu tapi lebih daripada sa bilangannya. Kotak itu ada segi empat sama dan ada yang segi empat tepat. Permukaannya satah namun ada juga yang cembung. Aku punya kedua-dua jenis tersebut. Yang satah dan agak cembung, begitu juga yang segi empat sama dan segi empat tepat. Penjurunya ada punat, ada yang jenis sesentuh tak kurang juga yang perlu guna daya. Saat punat ditekan terpancar cahaya dan beribu warna di skrin. Paparannya sama bagi semua. Yang membezakan cuma kalau kau punya si piring hitam dan dekodernya atau kau miliki pancaran satelit kau sendiri.
![]() |
Atuk punya kotak seperti ini yang jadi tempat bersemayan ikan hiasannya dulu. |
Secara keseluruhannya, intisari apa yang dipaparkan lebih kurang sama. Boleh jadi kesudahan yang perfect atau almost perfect, ada juga yang kesudahan yang beyond expectation tapi itu kebarangkaliaannya jarang. Bilangannya boleh dihitung sahaja. Bila mana semua yang terpampang itu indah dan ada nostalgianya, ke mana pergi bahagian cacat cela? Oh yaa, yang cacat dan serba kurang boleh ditutup. Manusia lebih tertarik dengan seba serbi yang indah walaupun hakikatnya belum pasti begitu. Boleh jadi situasi indah khabar dari rupa akan berlaku. Dengan berpaksikan apa yang dilihat oleh pancaindera, realitinya selalu pahit dan payah untuk ditelan. Maka benarlah pepatah yang benar itu selalu pahit.
Melihat kepada norma kehidupan masa kini, sepasang mata anugerah Ilahi ini belum dapat menafsir dengan tepat yang mana permata yang asli dan yang mana palsu. Majoriti, lebih rela memilih mempercayai propaganda yang dicipta atau rela mengharungi liku-liku untuk mencari paksi kebenaran? Siapa yang tak suka jalan pintas? Bohong rasanya kalau ada yang omong tak pernah melalui jalan pintas sama ada dalam perjalanan ke mana-mana atau proses untuk sesuatu perkara. Aku pun suka yang mudah dan sudah pasti jalan pintas selalu adakalanya jadi pilihan.
Rasanya sudah tiba masa untuk kita semua dan secara spesifiknya aku untuk berhenti daripada menerima bulat-bulat apa yang dimomokkan. Harus berhenti percaya secara membabi buta apa yang terhidang kerana belum tentu apa yang penglihatan secara rawak itu menarik seperti cara ia dipersembahkan. Mungkin dasar pandang ke timur anjuran negara matahari terbit yang tanpa segan silu ilustrasikan rona masyarakatnya boleh dijadikan teladan. Mulanya buruk untuk dilihat kerana semua pun maklum yang benar itu pahit. Sekurang-kurangnya bukan satu lagi konpirasi untuk tatapan mata dan halwa telinga.
entri Februari ini menjurus kepada apa yang dilihat melalui mata hati seorang aisah ghani.
ReplyDeleteSungguh tidak disangkai ku kepada karya2 mu itu. Penghayatan ku terhadap mu semakin terikat kepada karya2 mu itu. 1 word for you, "WOW". =)
ReplyDeletemati hati rawak seorang aisah ghani. pandangan kosong je.
ReplyDeletethanks tang. appreciate it so much :)
ReplyDelete